BACHOK: Seorang pemilik chalet kerugian lebih RM100,000 selepas rumahnya dan empat unit chalet musnah dalam kebakaran di Kampung Pulau Belongan di sini, semalam. Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3 pagi itu disedari seorang pekerja binaan yang berusia lingkungan 40-an selepas melihat api marak di bahagian depan rumahnya. Pemilik chalet, Abdullah Mohamed, 67, berkata, dia sempat menendang pintu rumah dan mencapai kunci kereta jenis Proton Saga BLM dan memandu keluar untuk…