RMK13: Menifestasi kerajaan tingkat darjat rakyat

RMK13: Menifestasi kerajaan tingkat darjat rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sebuah manifestasi komitmen kerajaan dalam merealisasikan aspirasi Ekonomi Madani bagi meningkatkan darjat rakyat dan menstruktur semula ekonomi negara.

Kelab Penyokong Kerajaan Madani (BBC) dalam kenyataan berkata, RMK13 yang bertemakan ‘Melakar Semula Pembangunan’ itu juga merupakan satu kesinambungan kepada usaha yang telah diperkenalkan semenjak dua tahun lalu oleh Kerajaan Madani. 

“BBC percaya pendekatan Kerajaan Madani yang berasaskan data bagi perangkaan dasar seperti yang diterapkan dalam RMK13 adalah satu anjakan penting ke arah tadbir urus yang lebih telus dan bertanggungjawab.

“BBC turut menghargai keprihatinan Kerajaan Madani dalam menangani isu ketidaksamarataan antara bandar dan luar bandar serta jaminan bahawa manfaat pembangunan akan dinikmati oleh seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, agama mahupun geografi,” katanya hari ini.

Menurut BBC, selaras dengan peranan sebagai penyokong kerajaan di Dewan Rakyat, BBC akan terus memainkan peranan aktif dalam memastikan pelaksanaan RMK13 berjalan lancar, dipantau rapi serta disemak secara berkala agar tidak tersasar daripada matlamat asalnya.

“BBC yakin di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Malaysia kekal berada di landasan yang tepat untuk muncul bukan sahaja sebagai negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030 tetapi masyarakat yang mempunyai jiwa insani dan kehidupan yang berkualiti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN