LAHAD DATU: Projek Sekolah Daif Sabah 2020 bakal membawa nafas baharu kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Lahad Datu, antara sekolah tertua di daerah ini yang telah beroperasi sejak tahun 1937. Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, projek bernilai RM29 juta itu merangkumi pembinaan semula 26 bilik darjah, empat unit rumah guru, bangunan pentadbiran serta kemudahan lain termasuk tandas dan tangki air. “Projek ini dimulakan pada 5 April…











