Remaja hidap kanser buah pinggang perlu RM24,400 sebulan

Remaja hidap kanser buah pinggang perlu RM24,400 sebulan

SHALENA Ismail bersama Amier Syahmi KD Azlan menunjukkan ubat sunitinib ketika ditemui di Kampung Solok Kubang Badak Sungai Siput, Lubok China, Melaka. – UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Seorang ibu me­rayu bantuan orang ramai bagi menampung kos rawatan anak bongsunya yang menghidap kanser buah pinggang sejak Julai tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Shalena Ismail, 50, guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Ramuan China Kechil berkata, walaupun suaminya pesara tentera, pendapatan mereka tidak mencukupi untuk membiayai rawatan berjumlah RM24,400 sebulan.

Anaknya, Amier Syahmi KD Azlan, 15, memerlukan suntikan imunoterapi (nivolamb) berharga RM9,100 dan ubat sunitinib (terapi sasaran) berharga RM3,100 setiap dua minggu.

Katanya, mereka pernah menerima bantuan sekali bayar daripada Baitulmal seba­nyak RM30,000 untuk rawatan Jun lalu serta beberapa sumbangan lain, namun ia tidak mencukupi menampung kos berterusan.

“Saya dah usaha macam-macam termasuk cuba menjual tanah dan dua ekor lembu milik ibu bapa saya. Tapi proses semua ini makan masa sedang­kan rawatan anak saya perlu diterus­kan segera,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Anak bongsu daripada empat beradik itu disahkan menghidap kanser selepas mengalami ken­cing berdarah.

Pada November 2024, Amier Syahmi menjalani pembedahan membuang buah pinggang kanan, namun pada 3 Jun lalu, imbasan CT menunjukkan kanser merebak ke bahagian dada dan menyebabkan saluran darahnya tersumbat.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Rakyat atas nama Shalena Ismail (2238135470) atau menghubu­ngi talian 013-2015675. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN