ALOR GAJAH: Seorang ibu merayu bantuan orang ramai bagi menampung kos rawatan anak bongsunya yang menghidap kanser buah pinggang sejak Julai tahun lalu. Shalena Ismail, 50, guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Ramuan China Kechil berkata, walaupun suaminya pesara tentera, pendapatan mereka tidak mencukupi untuk membiayai rawatan berjumlah RM24,400 sebulan. Anaknya, Amier Syahmi KD Azlan, 15, memerlukan suntikan imunoterapi (nivolamb) berharga RM9,100 dan ubat sunitinib (terapi sasaran) berharga RM3,100 setiap dua minggu. Katanya, mereka pernah menerima bantuan sekali bayar daripada Baitulmal sebanyak RM30,000 untuk rawatan Jun lalu serta beberapa sumbangan lain,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya