PETALING JAYA: Suruhanjaya Diraja (RCI) perlu ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan-dakwaan yang berlegar berhubung pelantikan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan. Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohd. Rafizi Ramli berkata, Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Parlimen (Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi) juga dipohon melaksanakan prosiding dan siasatan termasuk memanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi keterangan. Katanya, ia bagi memastikan kebebasan institusi kehakiman…