PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) dijangka berhadapan dengan laluan sukar ketika menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) sekiranya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) memilih untuk meneruskan kerjasama. Pensyarah Kanan Sains Politik di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mujibu Abd. Muis berkata, PN sememangnya mempunyai potensi untuk merampas negeri-negeri yang ditadbir parti-parti Kerajaan Persekutuan. Bagaimanapun, kata beliau, matlamat itu tidak mudah kerana gabungan pembangkang tersebut berhadapan dengan cabaran yang besar…