KUALA LUMPUR: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) mencatatkan hampir lima juta pelayar menerusi Portal Digital JKKN sejak mula dibangunkan pada 2015. Ketua Pengarah JKKN, Mohd. Amran Mohd. Haris berkata, portal itu yang merangkumi dua komponen utama iaitu Pemetaan Budaya dan Rumah Seni dibangunkan bagi memberi akses mudah kepada masyarakat terhadap maklumat berkaitan seni, budaya dan warisan negara. Katanya, pelaksanaan platform digital itu bukan sahaja memberi manfaat kepada penggiat seni,…










