Polis siasat elemen lucah program motivasi songsang - Utusan Malaysia

Polis siasat elemen lucah program motivasi songsang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan siasatan terhadap program motivasi songsang bagi mengenalpasti sama ada wujud elemen lucah seperti dakwaan sesetengah pihak.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan itu juga melibatkan elemen ajaran yang menyimpang daripada norma masyarakat.

“Siasatan yang dijalankan adalah menyeluruh bagi memastikan setiap aspek serta dakwaan dapat dinilai secara adil.

“Kes tersebut kini diklasifikasikan di bawah kertas siasatan mengikut Seksyen 294 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 509 KK dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil,” katanya dalam kenyataan.

Hussein Omar berkata, polis akan memanggil semua peserta yang menyertai program itu di sini pada tahun lalu bagi membantu siasatan program berkenaan, yang didakwa telah menimbulkan kontroversi.

“Siasatan berkaitan program telah dimulakan melalui pembukaan kertas enkuiri polis (KEP),” katanya.

Dalam pada itu, Hussein menasihatkan orang ramai agar lebih berwaspada dan berhati-hati dalam menyertai mana-mana program, aktiviti atau bengkel yang tidak jelas tujuannya serta tidak diketahui latar belakang penganjurnya.

Semalam Utusan Malaysia melaporkan, polis telah membuka kertas inkuiri bagi mengenal pasti kesalahan jenayah yang dilakukan semasa berlangsungnya program berkenaan.

Hussein dilaporkan berkata, pihaknya akan memanggil beberapa saksi bagi mendapatkan maklumat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN