Polis musnahkan pokok ketum ditanam di tanah rizab - Utusan Malaysia

Polis musnahkan pokok ketum ditanam di tanah rizab

OPERASI memusnahkan pokok ketum di Jalan Tanjung Rambutan dan Kampung Nalla, Tronoh semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU GAJAH: Polis memusnahkan 50 pokok ketum dan empat pondok yang digunakan untuk memasak air ketum menerusi operasi bersepadu di Jalan Tanjung Rambutan dan Kampung Nalla, Tronoh semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Md Noor Aehawan Mohammad berkata, operasi yang disertai Pejabat Tanah dan Galian Ipoh dan Pejabat Daerah dan Tanah Kinta itu menyasarkan pokok ketum dan pondok yang didirikan secara haram di tanah milik kerajaan.

“Penguatkuasaan ini bertujuan untuk memusnahkan pokok dan pondok yang dibina atas tanah milik kerajaan bagi menjalankan aktiviti penyalahgunaan ketum.

“Operasi selama lima jam bermula pukul 7.30 pagi itu berjaya memusnahkan kesemuanya mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965,” katanya sini hari ini.

Menurut beliau, orang ramai diminta menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti ketum dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah di talian 05-3629 2222 atau balai polis berhampiran. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN