Polis kesan wanita tunggang motosikal lawan arus

Polis kesan wanita tunggang motosikal lawan arus

TANGKAP layar video tular memaparkan seorang wanita menunggang motosikal secara melawan arus sambil menggunakan telefon bimbit di di Kilometer 38 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, berhampiran Plaza Tol Hutan Kampung di Alor Setar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Polis memburu seorang wanita dipercayai menunggang motosikal secara melawan arus sambil menggunakan telefon bimbit di Kilometer 38 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, berhampiran Plaza Tol Hutan Kampung di sini. 

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung insiden itu pada pukul 7.34 malam di Balai Polis Trafik Kota Setar, malam tadi.

“Polis Kota Setar mengesan satu video tular di laman sosial memaparkan tindakan seorang penunggang motosikal menunggang secara melawan arus. 

“Video berdurasi 23 saat itu menunjukkan seorang individu berpakaian gelap, dipercayai wanita, menunggang motosikal ke arah Jitra sambil memegang telefon bimbit tanpa menghiraukan kenderaan dari arah bertentangan. 

“Polis sedang menjalankan siasatan awal dan bekerjasama dengan pihak PLUS untuk mengesan penunggang terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali individu dalam video itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Mohd Khairulnizam Abdul Aziz di talian 011-2835 0767 atau menghubungi Balai Polis Trafik Kota Setar di 04-732 1222. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN