PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) menuntut penjelasan segera daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan laporan kebocoran minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) yang didakwa berlaku pada 16 Mei lalu. Ketua Whip Ahli Parlimen PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, isu pelantikan hakim terutama bagi jawatan di mahkamah atasan merupakan perkara berkepentingan awam dan sebarang kelewatan atau pendirian tidak jelas kerajaan hanya akan memburukkan lagi defisit kepercayaan rakyat terhadap institusi kehakiman negara. “PN secara khusus menuntut kerajaan memberi penjelasan terhadap beberapa perkara yang timbul susulan pendedahan minit berkenaan,” katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya