PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan dukacita terhadap nahas pesawat Antonov An-24 yang mengorbankan hampir 50 nyawa termasuk kanak-kanak di wilayah Timur Russia, semalam. Beliau berkata, tragedi itu menjadi peringatan jelas bahawa nilai kemanusiaan sejagat jauh lebih utama daripada perbezaan geopolitik. “Saya berasa sedih selepas menerima perkhabaran tentang nahas pesawat di Rusia. Ingatan dan doa saya adalah untuk keluarga yang kehilangan insan tersayang. “Rakyat Malaysia turut berdukacita. Kami bersolidariti dan turut merasai kesedihan bersama semua yang sedang berkabung,” katanya dalam kenyataan. Semalam, media antarabangsa melaporkan sebuah pesawat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya