PETALING JAYA: Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai tiba di Malaysia bagi membincangkan mengenai gencatan senjata. Hun berkata, beliau mengetuai delegasi Kemboja untuk mesyuarat khas di Kuala Lumpur yang berlangsung hari ini bagi mencapai genjatan senjata. Beliau, berkata, mesyuarat khas tersebut dianjurkan oleh Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) sebagai penganjur bersama serta disertai oleh wakil China. “Tujuan mesyuarat adalah untuk mencapai gencatan senjata segera,…