ALOR SETAR: Dua pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024 negeri ini yang meraih keputusan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 memilih tingkatan enam walaupun ditawarkan tempat di matrikulasi selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dahulu. Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Serdang di Bandar Baharu, Nurul Husna Saffiyah Rasyidul Sabirin, 19, berkata, dia memilih untuk tingkatan enam kerana menganggap STPM ada banyak kelebihan. “Sijil STPM juga diiktiraf universiti luar…










