Pihak berkuasa siasat imej pesawat pengebom US di Saratok

Pihak berkuasa siasat imej pesawat pengebom US di Saratok

Imej menyerupai sebuah pesawat pengebom B-2 Spirit milik Tentera Udara Amerika Syarikat di ruang udara berdekatan salah sebuah rumah panjang di Saratok, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SARATOK: Pihak berkuasa berkaitan sedang menyiasat kelibat imej menyerupai sebuah pesawat pengebom menyerupai B-2 Spirit milik Tentera Udara Amerika Syarikat (U.S. Air Force) di ruang udara di sini, baru-baru ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, siasatan melibatkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok dengan pihak berkuasa lain seperti Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Katanya, siasatan itu bagi mengenal pasti kemungkinan berlakunya pencerobohan ruang udara atau penyebaran maklumat palsu yang boleh menimbulkan suasana panik masyarakat umum,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Mathew berkata pihaknya telah mengesan ciapan di media sosial pada 13 Julai lalu, yang menyiarkan satu imej didakwa seperti kelibat sebuah pesawat pengebom menyerupai B-2 Spirit milik Tentera Udara Amerika Syarikat di ruang udara berdekatan salah sebuah rumah panjang di Saratok.

Katanya pemerhatian awal mendapati, imej tersebut menyerupai pesawat pengebom B-2 yang sedang terbang namun kesahihannya masih belum dapat dipastikan.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi
atau berterusan menyebarkan imej tersebut di laman media sosial.

Mathew juga meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut supaya tampil membantu siasatan dengan menghubunginya di talian 012-8854849.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN