Petugas bilik mayat ambil ganjaran dianggap rasuah

Petugas bilik mayat ambil ganjaran dianggap rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan melarang kakitangan bilik mayat untuk menerima sebarang bentuk pemberian berbentuk bayaran, hadiah atau sumbangan sebagai ganjaran pengendalian jenazah termasuk memberikan maklumat mengenai si mati kepada pihak ketiga.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut pekeliling Kementerian Kesihatan, penerimaan ganjaran boleh dianggap sebagai satu bentuk rasuah.

Katanya, pemberian maklumat si mati kepada pihak ketiga seperti syarikat perkhidmatan pengebumian atau wakil pengurusan jenazah, turut dilarang dilakukan oleh kakitangan hospital.

“Pihak hospital perlu memastikan tiada ejen atau wakil pengurus jenazah berkeliaran di kawasan hospital, terutamanya di Jabatan atau Unit Forensik tanpa sebarang urusan rasmi,” katanya pekeliling bertarikh 21 April lalu.

Sebelum ini, lima penjawat awam dihadapkan ke mahkamah atas 21 pertuduhan menerima rasuah berjumlah antara RM600 hingga RM2,250, berkaitan perkhidmatan pengurusan mayat di sebuah hospital kerajaan di Negeri Sembilan, yang didakwa berlaku antara tahun 2021 hingga 2024.

Kementerian Kesihatan berkata, semua urusan melibatkan syarikat pengebumian perlu dijalankan secara terus oleh ahli keluarga si mati tanpa penglibatan kakitangan hospital.

“Pihak hospital tidak akan menyediakan perkhidmatan pengurusan jenazah seperti memandikan, mengkafankan, mengawet, menghantar ke negara asal atau menyimpan jenazah bagi agensi luar.

“Namun, dalam kes tertentu seperti mangsa kemalangan ngeri, jenazah reput, penyakit berjangkit atau situasi lain yang dianggap sesuai, hospital melalui Jabatan atau Unit Forensik boleh membantu keluarga dengan kemudahan bilik mandi sekiranya tersedia bagi tujuan pengurusan jenazah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN