ROMPIN: Sebanyak 12 chalet yang terletak di Kampung Salang, Pulau Tioman di sini, kini dalam keadaan uzur selepas terbiar ekoran pandemik Covid-19. Pengusahanya, Abd. Hadi Othman, 67, berkata, chalet yang mula beroperasi sejak 1992 itu bukan sahaja mengalami kerosakan fizikal dalam dan luar bangunan, malah turut melibatkan peralatan asas seperti katil. “Kami mohon pihak berwajib khususnya Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) turun padang melihat…