KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan Malaysia berjaya memadamkan nama mereka dalam semakan kehakiman difailkan Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berhubung taksiran cukai tambahan melebihi RM5 juta. Semakan kehakiman itu adalah berhubung tindakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengeluarkan Notis Taksiran Tambahan terhadap Mukhriz yang menuntutnya membayar cukai tambahan bagi tahun 2017 berjumlah RM2,558,875.90; bagi tahun 2018 berjumlah RM2,445,004.91; dan…










