Peniaga tak mengaku ugut sebar gambar bogel kenalan lelaki

Peniaga tak mengaku ugut sebar gambar bogel kenalan lelaki

TERTUDUH (kiri) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret George Town, Pulau Pinang hari ini atas pertuduhan melakukan pemerasan untuk menyebarkan gambar bogel kenalan lelakinya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Seorang peniaga nasi lemak mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pemerasan untuk menyebarkan gambar bogel kenalan lelakinya, minggu lepas.

Tertuduh, S. Chandra, 35, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Amzar Ismail.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan terhadap seorang lelaki berusia 33 tahun bahawa gambar-gambar bogel lelaki tersebut akan disebarkan.

Perbuatan berkenaan turut mendorong mangsa untuk menyerahkan wang tunai berjumlah RM8,400 kepada tertuduh secara dalam talian.

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di sebuah kediaman di Jalan Kelawai di sini, antara pukul 2 pagi hingga 11.30 pagi pada 22 Julai lalu.

Atas kesalahan itu, dia boleh didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syairah Aqilah Khalil manakala tertuduh diwakili peguam, A. Mahesh.

Terdahulu, Mahesh dalam rayuan mitigasinya memohon agar mahkamah mengurangkan jaminan minimum terhadap tertuduh kerana dia menghidap asma dan masih mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) selain perlu menjaga ibunya yang sudah uzur.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,500 dengan seorang penjamin serta mengenakan syarat tambahan iaitu melarang tertuduh daripada mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

Pada masa yang sama, mahkamah turut menetapkan 2 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi tujuan serahan dokumen.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN