Peniaga rugi lebih RM66,000 terpedaya pekerjaan palsu

Peniaga rugi lebih RM66,000 terpedaya pekerjaan palsu

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGKAK: Seorang wanita rugi RM66,825 akibat terpedaya tawaran pekerjaan sambilan dalam aplikasi ‘Shopee’ yang tidak wujud.

Menurut Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd  Talib, mangsa berusia 36 tahun dan menjalankan perniagaan sendiri, dijanjikan komisen setelah melaksanakan tugasan yang diberikan. 

“Mangsa telah terpedaya sejak 30 Jun lalu hingga semalam apabila diberi tawaran pekerjaan menerusi aplikasi ‘Shopee’ dalam talian. Setelah melaksanakan arahan yang diberikan, mangsa tidak memperoleh sebarang komisen seperti dijanjikan. 

“Sebanyak 12 transaksi telah dilakukan mangsa ke dalam lapan akaun berbeza melibatkan kerugian sejumlah RM66,825,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh disebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Beliau menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran pekerjaan dalam talian yang menjanjikan komisen dengan cara mudah dalam masa singkat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN