Peniaga jadi 'dalang' pindah gas susdidi kepada tong industri

Peniaga jadi ‘dalang’ pindah gas susdidi kepada tong industri

ARMIZAN MOHD. ALI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Terdapat segelintir peniaga di negara ini menjadi dalang dengan memindahkan gas bersubsidi ke tong industri.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, maklumat tersebut diperoleh hasil aduan yang diterima daripada pihak terlibat yang memaklumkan tong gas mereka tidak laku.

“Siasatan lanjut mendapati, syarikat yang menggunakan tong gas industri sudah mempunyai alternatif lain dengan membeli gas petroleum cecair (LPG) yang sudah melalui proses penyaringan.

“Mengejutkan, harganya lebih murah berbanding pasaran. Aktiviti ini dilihat makin serius dan kementerian akan melaksanakan pemantauan secara berterusan dalam usaha membendungnya” katanya selepas merasmikan Sesi Libat Urus bersama Persatuan Peniaga Makanan Kelantan, di sini hari ini.

Armizan berkata, berdasarkan maklumat, terdapat segelintir peniaga makanan dan minuman disyaki terlibat dengan kegiatan penyiringan LPG.

Katanya, siasatan lanjut mendapati, peniaga tersebut ketika ini boleh membeli LPG bersubsidi dalam kuantiti yang banyak sebelum ia disimpan di dalam stor di premis mereka.

“KPDN ketika ini sedang mengenal pasti mekanisme terbaik untuk mengekang kegiatan tersebut dengan mengadakan sesi libat urus bersama peniaga di seluruh negara.

“Kita sedang dalam perancangan untuk menetapkan kebenaran stok simpanan LPG yang praktikal untuk peniaga kecil dan mikro,” ujarnya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN