DUNGUN: Padah menjual lauk ikan keli berlada yang tercemar pada Oktober tahun lalu, seorang peniaga di daerah ini didenda sebanyak RM1,800 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini. Hukuman itu diperintahkan Majistret Nur Amira Fatihah Osman selepas Haswana Mohd Rasani, 43, selaku orang kena saman (OKS), membuat pengakuan bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan terhadapnya. Mengikut pertuduhan, wanita itu sebagai pemilik katering didapati telah menyedia dan menjual makanan yang sedia untuk…