Pengguna lebuh raya diharap imarahkan solat Jumaat di R&R Seremban

Pengguna lebuh raya diharap imarahkan solat Jumaat di R&R Seremban

JEMAAH bersalaman dengan Shafie selepas selesai solat Jumaat di Surau Madani R&R Seremban Arah Selatan, Lebuhraya Utara Selatan di Seremban hari ini. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Surau Madani di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban Arah Selatan di Lebuhraya Utara Selatan dekat sini diharapkan dapat sentiasa diimarahkan dengan kehadiran pengguna lebuh raya setiap kali waktu solat jumaat.

Imam 1 Masjid Pekan Labu Batu 10, Shafie Rajiman yang menjadi imam solat Jumaat pertama di surau tersebut hari ini berkata, kemudahan yang telah disediakan itu memberikan keselesaan untuk beribadat kepada jemaah yang terdiri daripada permastautin tetap, pekerja dan pengguna lebuh raya.

“Mereka dapat menyempurnakan solat Jumaat dan sama-sama mengimarahkan Surau Madani ini. Inisiatif ini amat bagus supaya para pekerja dan pengguna lebuh raya tidak terlepas mengerjakan solat Jumaat,” katanya.

Terdahulu, seramai kira-kira 300 jemaah hadir menunaikan solat Jumaat pertama tersebut yang mana 60 daripadanya merupakan pemastautin tetap dan pekerja manakala selebihnya adalah pengguna lebuh raya.

Surau itu sebelum ini telah diberi kebenaran mendirikan solat Jumaat selepas pengisytiharan yang disempurnakan Mufti Negeri Sembilan, Prof Madya Datuk Dr Faudzinaim Badaruddin.

Sebagai persediaan untuk menunaikan solat jumaat, Surau Madani telah menjalani proses menaik taraf yang meliputi pemasangan mimbar, mihrab, sistem pembesar suara dan penubuhan Jawatankuasa Kariah Penaja Surau Madani.

Jawatankuasa ini dianggotai rakan-rakan niaga serta para pekerja kawasan R&R Seremban. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×