PETALING JAYA: Pengasas program motivasi yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini ditahan polis hari ini selepas memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya. Peguam mereka, Datuk M. Reza Hassan ketika dihubungi mengesahkan perkara itu. Katanya, kedua-dua mereka ditahan oleh polis IPD Shah Alam selepas memberikan keterangan di IPD Petaling Jaya. “Mereka disiasat Seksyen 294 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil,” katanya. Sementara itu,…