Penceramah bebas tipu wanita RM140,000 atas pembangunan sekolah agama

Penceramah bebas tipu wanita RM140,000 atas pembangunan sekolah agama

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua wanita menjadi mangsa penipuan seorang penceramah bebas yang memperdaya mereka menyerahkan wang berjumlah RM140,000 kononnya bagi tujuan pembangunan sekolah agama di Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dua laporan polis berhubung kejadian itu diterima masing-masing di Gombak dan Shah Alam, melibatkan seorang pemilik syarikat berusia lingkungan 40-an.

Menurutnya, kedua-dua mangsa mengenali suspek yang berusia 30-an dan mendakwa sebagai penceramah bebas sejak tahun 2020.

“Mangsa pertama membuat tiga transaksi wang berjumlah RM60,000 antara Ogos hingga September 2020, manakala mangsa kedua menyerahkan RM80,000 pada tahun 2019. Suspek menggunakan nama institusi agama untuk meraih kepercayaan,” katanya dalam kenyataan.

Hussein berkata, kesemua mangsa kini berasa tertipu selepas projek pembangunan sekolah agama itu gagal direalisasikan.

“Polis ingin mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan sebarang permintaan sumbangan atau pelaburan yang tidak dapat disahkan, khususnya melibatkan institusi agama dan pendidikan.

“Elakkan membuat transaksi kewangan ke akaun peribadi atau syarikat yang tidak berdaftar,” katanya.

Utusan Malaysia melaporkan polis menyiasat penceramah berusia 39 tahun itu selepas menerima laporan polis daripada isteri kedua suspek pada 16 Jun lalu.

Pengadu mendakwa lelaki itu menyebarkan video seks dirinya dan madu-madu lain serta beberapa wanita lain. Hasil semakan polis di telefon bimbit suspek menemukan beberapa video seks suspek dengan isteri-isterinya dan gambar wanita lain dalam keadaan mengaibkan.

Suspek direman selama empat hari dan diberikan jaminan polis sementara proses melengkapkan siasatan kes itu mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN