Pemuda warga asing direman serang, kelar bekas kekasih

Pemuda warga asing direman serang, kelar bekas kekasih

PEMUDA warga asing dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor hari ini untuk ditahan reman. -UTUSAN/ ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang pemuda warga asing direman empat hari bagi membantu siasatan kes menyerang dan mengelar bekas kekasihnya di sebuah universiti swasta di Subang Jaya semalam.

Perintah reman ke atas suspek berusia 21 tahun itu dikeluarkan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Permohonan reman dikemukakan mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Kes berkenanan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau benda berbahaya.

Utusan Malaysia semalam melaporkan seorang penuntut wanita cedera selepas diserang dan dikelar bekas teman lelakinya dengan pisau.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat memaklumkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 6.30 petang.

Siasatan awal mendapati wanita asing berusia 20 tahun itu cedera dikelar di leher selepas diserang suspek yang juga warga asing.

Mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan ditempatkan di zon merah bagi mendapatkan rawatan lanjut dan dilaporkan stabil.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN