MELAKA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka berjaya menumpaskan sindiket penyelewengan tong gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi membabitkan nilai rampasan berjumlah RM40,000, semalam. Dalam serbuan kira-kira pukul 7 malam itu, sepasukan anggota penguat kuasa menyerbu sebuah stor di Malim Jaya di sini dan menahan tiga lelaki warga Myanmar berusia 23 dan 24 tahun dipercayai pekerja di premis tersebut. Pengarah Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup…










