Pemandu treler rempuh remaja hingga mati direman 4 hari

Pemandu treler rempuh remaja hingga mati direman 4 hari

KEADAAN motosikal yang dinaiki oleh seorang remaja yang maut akibat dirempuh oleh sebuah treler (berhenti di depan) di Jalan Permatang Pauh, Bukit Mertajam, Pulau Pinang malam tadi.-GAMBAR/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM : Seorang pemandu treler direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kemalangan maut yang meragut nyawa seorang penunggang motosikal berusia 19 tahun, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, perintah reman itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 kerana memandu secara cuai sehingga mengakibatkan kematian.

Terdahulu, beliau berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai nahas yang berlaku di simpang lampu isyarat, Jalan Permatang Pauh di sini kira-kira pukul 8.20 malam.

Katanya, kemalangan itu berlaku apabila remaja terbabit yang menunggang motosikal dari arah Mak Mandin menuju ke Permatang Pauh terus bergerak sebaik sahaja lampu isyarat bertukar hijau.

“Pada masa yang sama, sebuah treler yang datang dari arah bertentangan terus membelok ke kanan secara tiba-tiba tanpa berhenti di lampu isyarat.

“Mangsa (penunggang motosikal) yang tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian tengah sebelah kiri lori treler tersebut.

“Akibat kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu treler yang berusia dalam lingkungan 40 tahun pula tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya di sini, hari ini.

HELMI ARIS

Dalam pada itu, Helmi berkata, ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap pemandu treler berkenaan mendapati, suspek negatif daripada sebarang pengambilan dadah.

“Susulan kejadian ini, polis ingin menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas serta berhati-hati ketika melalui persimpangan lampu isyarat bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku,” ujar beliau.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN