PETALING JAYA: Pelantikan Datuk Hussein Omar Khan bagi menerajui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) mampu menangani cabaran jenayah narkotik yang semakin kompleks dan dinamik. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail berkata, beliau optimis Hussein mampu memimpin serta memperkasakan peranan JSJN dan pelantikannya sebagai pengarah jabatan terbabit merupakan kepercayaan pucuk pimpinan terhadap pengalaman luas beliau. “Berbekalkan latar belakang yang kukuh dalam bidang siasatan jenayah sejak mula berkhidmat dalam pasukan,…










