JOHOR BAHRU: Dua orang pegawai penguat kuasa ditahan di Kompleks Kastam, Imigresen Dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar, di sini, malam tadi setelah disyaki terlibat dalam kegiatan salah laku sindiket ‘flying passport’ atau kemasukan data pelawat meragukan. Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Roszita Dim berkata, dua lelaki yang berusia 31 dan 49 tahun itu ditahan pada pukul 9 malam susulan pemantauan yang dijalankan terhadap kumpulan yang bertugas.…










