Pecah rekod ASEAN, ubah suai 39 kondominium tempoh 30 hari

Pecah rekod ASEAN, ubah suai 39 kondominium tempoh 30 hari

Michelle Lai (tiga dari kanan) dan kakitangannya bersama plak penghargaan ASEAN Records.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seorang bekas pramugari meraih pengiktirafan ASEAN Records selepas berjaya mengubah suai kediaman terbanyak dalam tempoh sebulan.

Michelle Lai, 47, menerusi syarikatnya Auntie Michelle Resources (M) Sdn. Bhd. diiktiraf dalam ASEAN Records apabila berjaya mengubah suai 39 unit kondominium di sekitar Kuala Lumpur dalam tempoh 30 hari.

Pencapaian luar biasa itu bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia, malah membuktikan bahawa wanita juga mampu mencabar dominasi lelaki dalam dunia binaan, reka bentuk dalaman dan pengurusan hartanah.

Mengimbas permulaan kisahnya, Michelle berkata, segalanya bermula selepas dia kehilangan pekerjaan ketika pandemik Covid-19 pada 2020, yang menyaksikan operasi penerbangan dihentikan serta-merta.

“Dulu saya berdiri di ke­tinggian 30,000 kaki, kini saya berdiri di tapak binaan dan saya bangga dengan kedua-dua kerjaya yang pernah saya ceburi ini.

“Saya memulakan langkah pertama dalam bidang ini dengan membantu mengecat, membersih dan menghias rumah kosong milik rakan-rakan saya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN