PDRM beriltizam laksana amanah dengan berani, integriti - KPN

PDRM beriltizam laksana amanah dengan berani, integriti – KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Polis Diraja Malaysia (PDRM) beriltizam untuk terus memperkukuhkan semangat keberanian, integriti dan kesetiaan dalam melaksanakan amanah negara.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail berkata, semangat kepahlawanan akan terus menjadi nadi perjuangan pasukan dalam memastikan keselamatan awam, keluhuran undang-undang serta keharmonian nasional terpelihara.

“Sambutan Hari Pahlawan adalah simbolik penghormatan kepada perwira yang sanggup berkorban demi kedaulatan negara. Keamanan hari ini hadir hasil keberanian mereka.

“Sebagai Ketua Polis Negara, saya menyeru seluruh warga PDRM agar memperkukuhkan iltizam dalam melaksanakan amanah negara,” katanya dalam ucapan penghargaan sempena Sambutan Hari Pahlawan 2025 di sini hari ini.

Mohd. Khalid yang turut menyeru seluruh warga PDRM memperkukuh iltizam dalam berbakti tanpa gentar dan terus menjunjung Perlembagaan berkata, Hari Pahlawan menjadi titik muhasabah untuk terus memperkasa semangat perjuangan, berbakti tanpa gentar dan menjunjung tinggi perlembagaan negara.

“Selamat menyambut Hari Pahlawan. Semoga semangat perwira terus hidup dalam setiap denyut nadi perjuangan kita,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN