PETALING JAYA: Pasangan suami isteri, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf yang juga ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, tiba di pekarangan Mahkamah Sesyen di sini pada pukul 8 pagi tadi. Kedua-dua tertuduh hadir jauh lebih awal sebelum Hakim Dr. Syahliza Warnoh dijangka membacakan keputusan di akhir kes pendakwaan sekitar pukul 9 pagi nanti. Hari ini bakal menentukan sama ada pasangan berkenaan dibebaskan atau diperintah membela…