BAGAN SERAI: Gesaan supaya rakyat negeri ini tidak menyertai Himpunan Turun Anwar pada 26 Julai ini menunjukkan kerajaan kini berada dalam keadaan tertekan. Ketua Pembangkang DUN Perak, Razman Zakaria berkata, gesaan yang dibuat oleh Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad itu memperlihatkan rasa bimbang kerajaan negeri terhadap gelombang kebangkitan rakyat yang semakin kuat. “Kenyataan Datuk Saarani yang seolah-olah tidak menggalakkan rakyat Perak hadir pada 26 Julai ini mencerminkan kegelisahan UMNO…