PARLIMEN: SPRM perlu siasat Felcra

PARLIMEN: SPRM perlu siasat Felcra

WAN AHMAD FAYHSAL WAN AHMAD KAMAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa agar menyiasat pengurusan Felcra susulan laporan kelemahan tatakelola dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2025.

Perkara tersebut dibangkitkan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) yang menyifatkan siasatan itu amat penting bagi meneliti sebarang unsur tidak baik dalam penjualan serta pembelian aset-aset Felcra.

“Beberapa tindakan lembaga pengarah Felcra, khususnya dalam konteks pengerusi dan ahli lembaga boleh ditakrifkan sebagai ‘salah laku’ atau lebih tepat pelanggaran kewajipan fidusiari.

“Justeru Felcra sekali lagi mendapat perhatian dan terus berhadapan dengan masalah.Maka siasatan perlu dilaksanakan segera,” katanya semasa membahaskan usul LKAN 2/2025 di Dewan Rakyat.

Kelmarin, LKAN 2/2025 yang dibentangkan di Dewan Rakyat Isnin mendedahkan tiga ketidakteraturan serius membabitkan jumlah keseluruhan lebih RM460 juta.

Ketua Audit Negara, Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, berkata terdapat kelemahan tatakelola terhadap perolehan pajakan empat ladang sawit oleh Felcra Berhad melibatkan RM241.76 juta antara 2022 hingga 2024.

Dalam pada itu Wan Ahmad Fayhsal turut mencadangkan agar pengurusan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu dilaporkan kepada Jawatankuasa Integriti Kementerian Kewangan.

Selain itu laporan lembaga disiplin GLC juga perlu diwujudkan untuk menyemak setiap perolehan bernilai melebihi RM100 juta.

“Ketetapan undang-undang terhadap ‘reckless directorship’ perlu dikuatkuasakan.

“Mana-mana pengarah gagal laksana tugas fidusiari wajar dikenakan penalti atau disenarai hitam daripada menyertai mana-mana lembaga GLC pada masa hadapan,” katanya. – UTUSAN

Habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN