PARLIMEN: Rangka dasar kebangsaan yang menyeluruh bagi melindungi kanak-kanak

PARLIMEN: Rangka dasar kebangsaan yang menyeluruh bagi melindungi kanak-kanak

kanak-kanak
Mumtaz Md Nawi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta merangka dasar khas kebangsaan yang menyeluruh demi melindungi kesejahteraan kanak-kanak, khususnya melibatkan kandungan dalam talian kerana ia mudah dicapai oleh golongan tersebut.

Datuk Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) melahirkan kebimbangan kesan jangka panjang akibat pendedahan kepada kandungan digital yang tidak terkawal kerana ia boleh mempengaruhi pembentukan sahsiah, emosi dan pemikiran kanak-kanak sejak usia awal.

“Memandangkan kesan jangka panjang akibat daripada intisasi dan kepada kanak-kanak ini adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan dasar khas kebangsaan bagi kesejahteraan kanak-kanak khususnya untuk kandungan online,” katanya dalam soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Mumtaz turut mencadangkan agar kerajaan memperkenalkan peruntukan khusus bagi menggalakkan penerbit tempatan menghasilkan dokumentari dan program kanak-kanak berkualiti tinggi dalam bahasa Melayu.

“Apakah bajet dan inisiatif kerajaan dalam menggalakkan pengeluar kandungan tempatan mengeluarkan dokumentar di kanak-kanak seperti National Geographic dalam bentuk Bahasa Melayu?

“Ataupun sebagainya dan juga rancangan kanak-kanak seperti durio supaya menggalakkan kandungan tempatan yang boleh membentuk negara bangsa kepada kanak-kanak ini melalui komunikasi,” ujarnya.

Menjawab soalan tersebut, Menteri Komunikasi dan Digital, Datuk Fahmi Fadzil berkata, kerajaan sememangnya menyedari kepentingan melindungi kanak-kanak daripada pendedahan tidak terkawal di media sosial, terutamanya golongan bawah 13 tahun.

“Kalau boleh kita ingin elakkan kanak-kanak bawah umur 13 tahun daripada memiliki akaun media sosial. Semua platform media sosial ketika ini memang melarang kanak-kanak bawah 13 tahun daripada membuka akaun.

“Tetapi realitinya, jika kita tanya pelajar bawah umur 13 tahun, ramai yang akan mengaku mereka ada akaun TikTok, dan ini sebenarnya satu kesalahan yang turut diakui pihak TikTok sendiri,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN