KUALA LUMPUR: Rakyat berpeluang menikmati penjimatan sehingga RM1,632 setahun hasil keputusan kerajaan menangguhkan kenaikan kadar tol melibatkan 10 lebuh raya utama bagi tahun 2025. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, langkah itu memberi manfaat besar khususnya kepada pengguna lebuh raya yang berulang-alik ke tempat kerja setiap hari. “Sebagai contoh, pengguna Kelas 1 di Lebuhraya MEX yang melalui Plaza Tol Putrajaya akan menikmati penjimatan RM6.80 sehari bagi perjalanan…