PARLIMEN: Pembangkang ‘bersyukur’ harga minyak turun

PARLIMEN: Pembangkang ‘bersyukur’ harga minyak turun

HAMZAH ZAINUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pembangkang menyifatkan penurunan harga minyak RON95 RM1.99 bukanlah hasil daripada usaha kerajaan semata-mata, sebaliknya dipengaruhi keadaan semasa harga minyak dunia.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, beberapa negara lain juga mengalami penurunan harga minyak, bukannya hanya Malaysia sahaja.

“Patutnya rasa bangga janji dia hari ini tercapai. ‘Saya jadi Perdana Menteri, selepas tiga tahun harga minyak sudah turun’. Bukan 24 jam, bukan dua bulan, bukan dua minggu tetapi tiga tahun. Alhamdulillah.

“Rakyat pun tahu di Thailand minyak sudah turun beberapa minggu lepas. Harga minyak dunia sudah turun, bukan sebab dia yang turunkan. Kalau dia boleh, turunkan lagi,” katanya ketika ditemui pemberita di Parlimen, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim  mengumumkan harga petrol RON95 akan turun lebih rendah iaitu RM1.99 seliter selepas penyasaran subsidi bahan bakar itu dilaksanakan kelak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN