KUALA LUMPUR: Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) menerima sekurang-kurangnya 500 panggilan aduan berkaitan penipuan dalam talian setiap hari yang menunjukkan trend peningkatan berterusan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, situasi itu membuktikan betapa seriusnya ancaman jenayah dalam talian terhadap rakyat dan memerlukan tindakan segera serta penambahbaikan menyeluruh. “Dengan jumlah aduan yang tinggi setiap hari, terdapat keperluan untuk memperkukuh struktur NSRC bagi memastikan setiap panggilan dapat ditangani secara…