KUALA LUMPUR: Isu kenaikan harga ikan kembung yang dikatakan mencecah RM16 sekilogram menghangatkan perjalanan Sidang Dewan Rakyat hari ini. Datuk Seri Hamzah Zainuddin (PN-Larut) membangkitkan soalan tambahan dengan membuat perbandingan harga ikan kembung sebelum dan selepas pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST). “Saya suruh pegawai saya check (semak) balik dalam dalam senarai harga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Saya tengok harga ikan kembung sebelum SST ialah…