KUALA LUMPUR: Mana-mana individu yang menduduki atau menjalankan aktiviti di tanah kerajaan, tanah rizab atau tanah perlombongan tanpa kebenaran yang sah boleh dianggap sebagai peneroka haram. Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, antara aktiviti yang dikategorikan sebagai pendudukan tidak sah termasuk membina bangunan, membersih, membajak, menggali, mengepung, menanam, memotong atau memindahkan hasil di atas tanah berkenaan. Beliau yang juga menjalankan tugas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian…