Orang muda cerai awal sebab tidak fikir fasal niat kahwin - Ashraf Muslim - Utusan Malaysia

Orang muda cerai awal sebab tidak fikir fasal niat kahwin – Ashraf Muslim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Ashraf Muslim, berpendapat ramai pasangan muda bercerai kerana tidak mempunyai niat yang betul ketika membangunkan perkahwinan.

Jelas Ashraf atau Muhd. Ashraf bin Muslim, 43, perkara itu mungkin kedengaran remeh, tapi ia menentukan hala tuju sesebuah institusi perkahwinan.

“Kalau kahwin sebab nak elak zina, rumah tangga bahagia, cinta atau sayang, itu semua jawapan klise. Kalau siapa bagi jawapan itu, saya akan beritahu mereka tak bersedia untuk kahwin.

“Perlu ada niat yang betul iaitu kerana Allah, nampak sangat mudah tetapi hakikat maknanya sangat mendalam.

“Sebab ramai orang muda sekarang kahwin kemudian cerai sebab tak fikir benda itu di peringkat awal,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Tambahnya lagi, perkahwinan akan sentiasa diuji namun niat akan menyelamatkan pasangan daripada cepat mengalah dan berpisah.

“Perkahwinan indah bila Tuhan beri macam-macam aspek dalam kehidupan berumah tangga.

“Kalau niat nak nikah itu betul, pasti akan pasangan itu akan rasai nikmat dalam perkahwinan.

“Semuanya perlu dilakukan kerana Allah. Ikut sahaja apa yang Allah dan Nabi sudah suruh,” katanya lagi,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN