Operasi semula perkhidmatan Aerotrain KLIA amat baik - Anwar

Operasi semula perkhidmatan Aerotrain KLIA amat baik – Anwar

ANWAR Ibrahim menaiki Aerotrain pada hari pertama operasi Aerotrain di KLIA Terminal 1, Sepang. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpuas hati terhadap perkhidmatan Aerotrain baharu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 yang beroperasi secara sepenuhnya hari ini.

Menurut Anwar, perkhidmatan tren baharu dinaik taraf itu disifatkan begitu memuaskan berbanding perkhidmatan sebelumnya selepas menawarkan kelajuan lebih laju.

“Good (baik), lebih laju berbanding sebelumnya,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita ketika melakukan tinjauan operasi hari pertama Aerotrain di KLIA Terminal 1 di sini hari ini.

Untuk rekod, perkhidmatan tren automatik tanpa pemandu yang dimodenkan itu dinaik taraf bernilai RM456 juta menerusi Pelan Pemulihan Lapangan Terbang Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) berjumlah RM742 juta.

Aerotrain yang menjadi ikon KLIA sejak 1998 kini dilengkapi set tren Alstom Innovia APM 300R yang serba canggih.

Setiap unit tiga gerabak mampu membawa sehingga 270 penumpang dan bergerak pada kelajuan maksimum 56 kilometer sejam, seterusnya membolehkan perjalanan antara terminal utama dan terminal satelit disingkatkan kepada kurang tiga minit.

Tren baharu itu turut dilengkapi sistem pemantauan keadaan yang canggih bagi mengurangkan gangguan perkhidmatan dan meningkatkan kecekapan operasi, sekali gus memberikan keselesaan yang lebih baik kepada penumpang.

Terminal 1 KLIA kini mencatatkan lebih 100,000 pergerakan penumpang setiap hari.

Aerotrain menjadi penghubung penting terutama bagi penumpang transit antarabangsa yang melalui terminal satelit yang menempatkan kebanyakan syarikat penerbangan jarak jauh.

Dengan operasi penuh yang kini telah disambung semula, MAHB menjangkakan sistem Aerotrain baharu ini akan meningkatkan kesiapsiagaan KLIA untuk menampung pertambahan jumlah penumpang menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 selain menyokong pemulihan prestasi lapangan terbang ke tahap sebelum pandemik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN