Op Ways: Jumlah keseluruhan rampasan wang tunai RM7.7 juta

Op Ways: Jumlah keseluruhan rampasan wang tunai RM7.7 juta

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jumlah keseluruhan rampasan wang tunai  membabitkan siasatan kes rasuah melibatkan perolehan tender projek pembinaan pusat data di Johor adalah sebanyak RM7.7 juta.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Zainul Darus berkata, jumlah sitaan itu meningkat selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menemukan wang tunai RM123,000 lagi yang selamat daripada dibakar.

“Pada peringkat ini, fokus siasatan SPRM adalah pengumpulan keterangan rasuah di bawah Seksyen 16 a A dan 17A Akta SPRM 2009.

“Keterangan seramai 20 lagi saksi dijangka diambil keterangan oleh SPRM membabitkan siasatan kes rasuah melibatkan perolehan tender projek pembinaan pusat data di Johor bernilai kira-kira RM180 juta,” katanya.

Semalam, keterangan seramai 12 individu telah selesai dirakam bagi siasatan kes terbabit. 

Tiga suspek iaitu pengurus projek syarikat pembinaan dan dua pengarah syarikat kini masih dalam tahanan reman, manakala seorang suspek wanita telah dibebaskan pada Ahad selepas remannya tamat.

Sebelum ini, media melaporkan pengurus projek syarikat pembinaan pusat data yang ditahan baru-baru ini melalui Op Ways dipercayai meminta bayaran kira-kira tiga peratus dari nilai projek daripada mana-mana syarikat yang ingin mendapatkan projek dari syarikat pembinaan terkemuka. 

Ia dilakukan dengan membocorkan harga tender projek selain membantu memastikan syarikat-syarikat yang membayar rasuah untuk memenangi tender tersebut.

Wang rasuah ini dibayar secara berperingkat mengikut progress pembayaran projek.

Difahamkan terdapat beberapa juta lagi yang masih belum dibayar oleh syarikat kepada suspek sepertimana perjanjian mereka.

SPRM turut mengenalpasti dua lagi syarikat yang memperoleh projek dengan merasuah pengurus projek syarikat pembinaan pusat data terbabit. 

Pada 17 Julai lalu, pengurus projek syarikat pembinaan terkemuka yang ditahan untuk siasatan kes rasuah melibatkan perolehan tender projek pembinaan pusat data sanggup membakar wang tunai hampir RM1 juta selepas dikejutkan dengan serbuan SPRM. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN