KULAI: Talian Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) akan mula beroperasi secara 24 jam sehari bermula bulan September depan. Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, ini bagi memudahkan orang ramai untuk membuat aduan berkenan penipuan scam yang kini semakin berleluasa di media sosial. Katanya, ia juga akan memudahkan orang ramai setelah mereka tidak lagi perlu membuat aduan di balai Polis selepas menghubungi talian 997. “Sebelum ini, talian NSRC ini hanya…










