Neelofa puji penampilan sopan Ameera Khan

Neelofa puji penampilan sopan Ameera Khan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa menzahirkan pujian terhadap penampilan adik perempuannya yang juga pempengaruh popular, Ameera Khan, apabila tampil dengan gaya berpakaian yang lebih sopan dan ayu di media sosial.

Menerusi hantaran di Instagram story, Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor, 36, berkongsi semula foto yang dimuat naik oleh Ameera sambil menyatakan rasa syukur melihat penampilan adiknya yang anggun dan manis mengenakan busana serba hijau lengkap dengan selendang.

“Masya-Allah comel sungguh. Semoga Baby (nama timangan Ameera) sentiasa disantunimu dengan rahmat kasih sayang-Nya,” katanya ringkas.

Rata-rata pengguna media sosial juga meluahkan rasa gembira melihat perubahan imej Ameera yang disifatkan lebih bersopan dan menyenangkan. Malah, ruangan komen turut dibanjiri doa agar pempengaruh itu kekal dengan gaya sedemikian.

“Cantik pakai macamni. Baru nampak original Pakistan.

“Walaupun belum mahu bertudung lagi, macam ini jauh lebih baik dan sopan.

“Pakai macam ini lebih lawa. Tak perlu dedahkan sangat kulit,” tulis netizen di ruangan komen.

Difahamkan, foto tersebut dirakam sempena majlis doa selamat bagi meraikan hari ulang tahun ibu tercinta, Datin Noor Kartini.

Sebelum ini, Ameera sering menerima kritikan gara-gara gaya pemakaian yang dianggap terlalu menjolok mata sehingga mendapat kecaman warga maya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN