Nama terpapar di notis akhbar, Shuk Sahar diperintah ke mahkamah - Utusan Malaysia

Nama terpapar di notis akhbar, Shuk Sahar diperintah ke mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kemelut rumah tangga pelawak, Shuk Sahar dan isteri, Fara Salleh terus menjadi sorotan selepas nama mereka terpapar di notis sebuah akhbar tempatan, semalam.

Dalam paparan notis tersebut, pasangan itu telah diperintahkan untuk hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Segamat untuk menjalani proses perbicaraan.

Dalam masa sama, Fara turut memuat naik perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Story dengan harapan pelawak itu memberikan kerjasama dengan baik.

Kata Fara, dia mahu mengakhiri kemelut yang berlaku antara Shuk secepat mungkin demi meneruskan kehidupan baru bersama anak perempuannya, Elaine Nada.

“Saya cuma mahu selesaikan perkara ini, itu sahaja. Kami (saya dan anak) hanya mahu bebas dan mulakan hidup kami dengan tenang,” luahnya.

Pada 26 Jun lalu, Fara berkongsi khabar gembira apabila dirinya selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan.

Fara kemudian turut memuat naik hantaran yang berbaur serangan peribadi di Instagram dan mendakwa Shuk tidak bertanggungjawab sebagai bapa kepada anak mereka itu.

Shuk dan Fara mendirikan rumah tangga pada November 2023.

Sekadar info, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Fara pada November 2023.

Shuk pernah berkahwin dengan Rossa Sera sebelum bercerai pada 22 Mac 2023 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Nur Qurratu Ain, dan Nur Assyifatu Aimi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN