PETALING JAYA: Motosikal dinaiki dua individu terbabas ke dalam gaung di Jalan Kuala Kubu Bharu menghala ke Bukit Fraser di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 11.07 pagi itu, kedua-dua mangsa iaitu seorang lelaki dan wanita menaiki motosikal jenis Kawasaki Ninja 250 sebelum dipercayai hilang kawalan lalu terjunam ke dalam gaung. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.07 pagi. Menurut beliau, seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu digerakkan ke lokasi kejadian.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya