Mercu tanda baharu 'Allah Selamatkan Terengganu' RM5 juta

SIDANG DUN: Mercu tanda baharu ‘Allah Peliharakanlah Terengganu’ RM5 juta

HANAFIAH MAT menjawab soalan pada Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelima Belas di Wisma Negeri, Kuala Terengganu, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri akan membaiki pulih dan membina semula  mercu tanda  ‘Allah Peliharakanlah Terengganu’ yang sudah menjangkau usia 30 tahun dengan kos keseluruhan bernilai  RM5 juta. 

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Negeri, Datuk Hanafiah Mat berkata, Jabatan Kerja Raya ( JKR) dilantik sebagai agensi pelaksana bagi kerja-kerja perobohan dan telah selesai pada 13 Mei lalu dengan kos RM250,000.

Katanya, buat masa ini Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) bersetuju dengan rekabentuk yang dihasilkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Anggaran kos keseluruhan adalah RM5 juta termasuk kerja-kerja perobohan. Berkaitan mercu tanda ini, ia dibina pada 1991 dengan JKR Negeri Terengganu sebagai agensi pelaksana melibatkan kos pembinaan sekitar RM1.3 juta,” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Hilmi Harun (Pas-Manir) yang ingin mengetahui status dan kos baik pulih mercu tanda ‘Allah  Peliharakanlah Terengganu ‘ di Bukit Besar.

Hanafiah berkata, setelah mencapai jangka hayat melebihi 30 tahun, mercu tanda itu dikatakan tidak melalui proses penyelenggaraan struktur berkala dan terdedah kepada faktor pengaratan kerana ruang udara lokasi terkesan dengan aliran udara air laut lepas. 

Sementara itu, menjawab soalan Mohd. Hafiz Adam (Pas- Air Putih) yang ingin  mengetahui perkembangan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kemaman, beliau berkata, bagi bagi mengatasi masalah banjir yang menelan kos RM300 juta itu dijangka siap sepenuhnya menjelang 2031. 

Katanya, projek mega yang diluluskan Kerajaan Persekutuan itu masih berada di peringkat pra-pelaksanaan dan akan dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia.

“Projek ini bertujuan mengurangkan kerosakan harta benda dan melindungi nyawa penduduk yang terkesan setiap kali musim tengkujuh. Antara komponen utamanya ialah pembinaan sungai tiruan sepanjang lapan hingga sembilan kilometer (km) dari kawasan Parman ke Tasik Bungkus Iboi.

“Objektif utama projek ini adalah untuk mengurangkan kawasan takungan banjir yang menjadi punca utama limpahan air setiap kali hujan lebat melanda. “Projek ini akan dilaksanakan secara kaedah reka dan bina, dengan penilaian kontraktor kini sedang dijalankan oleh JPS Malaysia,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN